Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan PPDB
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.
Menurut kenyataan berkenaan, laporan mengenai seorang pekerja lelaki warganegara Bangladesh, Mohammad Shajahan (gambar bawah) yang berusia 35 tahun dengan nombor pasport, BM0068205 telah dibuat di Balai Polis Muara, Daerah Polis Brunei dan Muara.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Muara, Daerah Polis Brunei dan Muara melalui talian 2774004 atau talian kecemasan polis 993 dan mana-mana balai polis yang berdekatan.