Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu kesan perempuan keluar rumah

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar Serahan Polis

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JULAI – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang perempuan warga tempatan yang dilaporkan keluar dari rumah dan sehingga kini belum balik.

    Menurut PPDB, laporan mengenai Sofeah binti Mohd Yussof (gambar), 35, dengan kad pintar 00-315317 telah dilaporkan di Balai Polis Sungai Liang.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita terbabit boleh menghubungi Balai Polis Sungai Liang di talian 3230250, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda