Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu kesan pesalah buruh

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JULAI – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja buruh yang dilaporkan lari daripada majikan.

    Laporan telah dibuat di Balai Polis Tutong untuk mengesan seorang lelaki warganegara Indonesia iaitu Rokani bin Muksir Iman berusia 46 tahun dengan nombor kad pengenalan 51-314865 (Hijau).

    Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Tutong di talian, 4222580 atau talian kecemasan polis 993, atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    PPDB meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan Rokani yang dilaporkan lari daripada majikan. – GAMBAR SERAHAN PPDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda