BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUN – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang keluar dari rumah dan belum balik sehingga kini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PPDB di sini, hari ini, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Sengkurong mengenai Nurizzaty binti Haji Julaiadi (gambar bawah) berbangsa Melayu dengan kad pengenalan berwarna kuning, 01-133497 yang keluar dari rumah.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenainya sila hubungi Balai Polis Sengkurong melalui talian 2661334 dan talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.