Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu kesan remaja keluar dari rumah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JULAI – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) meminta kerjasama dan bantuan daripada orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan warganegara Brunei berusia 16 tahun yang dilaporkan telah keluar dari rumah.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PPDB, di sini, satu laporan telah dibuat di Balai Penaga, Daerah Polis Belait bagi membantu mengesan Dayangku Nurshalita Ayu Trishya binti Pengiran Mohaimin yang memegang kad pengenalan kuning bernombor 00-255613.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai remaja berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Belait di talian 3227333, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Ikuti berita lanjut dalam Edisi Isnin (Media Permata)

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda