Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OGOS – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, meminta kerjasama dan bantuan daripada orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan tempatan berusia 18 tahun yang dilaporkan keluar dari rumah.
Menurut kenyataan berkenaan, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Sengkurong, untuk membantu mengesan seorang remaja perempuan yang berusia 18 tahun, Dayang Noor Muntaz’zimah binti Mohammad Fazil yang mempunyai kad pengenalan, 01-143552 (kuning) yang dipercayai keluar dari rumah.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan remaja perempuan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong di talian 2661334 atau talian kecemasan polis, 993 dan mana-mana balai polis yang berdekatan.


