Oleh Syahmi Hassan
Gambar serahan PPDB
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JUN – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) meminta kerjasama dan bantuan daripada orang ramai untuk mengesan seorang perempuan warganegara tempatan berusia 35 tahun yang dilaporkan telah keluar dari rumah.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PPDB, di sini, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Tutong untuk membantu mengesan Siti Ahminah binti Saidin (gambar) yang mempunyai nombor kad pengenalan 00-319303.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perempuan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Tutong di talian 4221206, talian kecemasan polis 993 dan mana-mana balai polis yang berdekatan.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/06/SITI-AHMINAH.jpg)