Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu kesan wanita keluar rumah

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, meminta kerjasama dan bantuan daripada orang ramai untuk mengesan seorang wanita warga tempatan berusia 25 tahun yang dilaporkan keluar dari rumah.

    Menurut kenyataan itu lagi, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Lamunin, Daerah Polis Tutong untuk membantu mengesan Norliza binti Idris (gambar) dengan kad pengenalan, 01-079588 (kuning).

    Orang ramai ingin mengetahui maklumat lebih lanjut boleh melayari laman sesawang www.police.gov.bn.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Balai Polis Lamunin di talian 4237374, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda