Thursday, November 21, 2024
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu mualaf, tingkatkan ukhuwah

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BELAIT, 20 NOV – Pejabat Unit Dakwah Daerah Belait telah mengadakan kunjungan muhibah (Dakwah Khas), hari ini, kepada orang yang bukan beragama Islam diselajurkan dengan meninjau kebajikan para mualaf yang menetap di Rumah Panjang Biadong Ulu, Rumah Panjang Punan dan Rumah Besar Sukang, Mukim Sukang, di daerah tersebut.

    Rombongan kunjungan itu telah disertai oleh kira-kira 20 orang pegawai dan kakitangan Pusat Dakwah Islamiah (PDI) itu diketuai oleh Ketua Pejabat Unit Dakwah Daerah Belait, Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustapa.

    Kunjungan muhibah antara lain bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan ukhuwah antara para pegawai serta kakitangan Pejabat Unit Dakwah Belait dengan penghuni-penghuni di rumah-rumah panjang berkenaan dan kala-ngan orang yang bukan beragama
    Islam dengan penghuni mualaf di sana.

    Di samping untuk mengelinga kebajikan mualaf dengan menghulurkan bantuan berbentuk makanan asasi, lawatan juga adalah untuk memberi bimbingan tarbiah kepada saudara-saudara baharu.

    Rombongan semasa mengadakan kunjungan ke rumah panjang di Daerah Belait. – GAMBAR SERAHAN PDI, KHEU
    GAMBAR SERAHAN PDI, KHEU
    GAMBAR SERAHAN PDI, KHEU

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda