Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu pelajar kurang berkemampuan melalui lawatan

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BELAIT, 19 OGOS – Dengan hasrat untuk memberi peluang meningkatkan pengetahuan dan pengalaman menerokai tempat-tempat menarik di negara ini, Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Daerah Belait bersama 15 pelajar terdiri daripada golongan keluarga yang kurang berkemampuan dari Daerah Temburong, kelmarin.

    Lawatan yang juga sebagai pengisian masa cuti penggal kedua persekolahan dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat itu telah memberi peluang golongan pelajar itu menyaksikan dua tempat utama iaitu ladang ternakan kambing milik Syarikat Rata Jaya dan juga Syarikat Pertanian Tropikal Utama yang mengusahakan penanaman kopi di Kampung Rampayuh, Mukim Labi.

    MKM yang ditubuhkan sejak 2009, telah dan sedang mengungkayahkan pelbagai inisiatif dalam membantu para pelajar kalangan keluarga kurang berkemampuan di negara ini.

    Para pelajar dan ahli MKM bergambar ramai semasa lawatan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN MKM
    ATAS & BAWAH : Pelajar berpeluang melawat ladang ternakan kambing milik Syarikat Rata Jaya. – GAMBAR SERAHAN MKM
    GAMBAR SERAHAN MKM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda