Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu polis cari Nurhikmah Hidayah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama dan bantuan daripada orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan warga tempatan berusia 16 tahun yang dilaporkan telah keluar dari rumah.

    Nurhikmah Hidayah binti Kadri. – Gambar serahan PPDB

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PPDB, malam ini, satu laporan telah dibuat di Daerah Polis Brunei dan Muara untuk membantu mengesan Nurhikmah Hidayah binti Kadri yang memegang kad pengenalan kuning bernombor 01-161225.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai remaja berkenaan boleh menghubungi Balai Muara, Daerah Polis Brunei dan Muara melalui telefon 2772333, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda