Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan PPDB
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JAN – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.
Laporan telah dibuat di Balai Polis Tutong untuk mengesan seorang pekerja perempuan warganegara Indonesia iaitu Fatimatun Zahrah (gambar) berusia 25 tahun dengan nombor pasport E1145726, yang dipercayai lari daripada majikan.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perempuan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Tutong melalui talian 4221206, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.