BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Feb – Pasukan Polis Diraja Brunei ingin meminta bantuan orang ramai untuk mengesan dua orang perempuan iaitu seorang isteri dan anak angkat perempuan yang keluar dari rumah dan sehingga kini belum lagi pulang.
Laporan mengenai perempuan berkenaan, Dayang Nooraziah binti Haji Mohd Noor Azli, 34, dan Dayang Nurul Aqilah Syazwina binti Abdullah Mohamad Sulkanain, 17, kedua-duanya berbangsa Melayu dengan alamat terakhir di Banglo G70, Jalan Davision, Tutong Kem telah dibuat di Balai Polis Tutong Daerah Polis Tutong.
Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataannya memohon kerjasama dan bantuan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kedua-duanya supaya dapat menghubungi terus ke Balai Polis Tutong melalui talian telefon 4221206 atau 4221333 dan Hotline 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.

