BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataannya hari ini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang buruh yang dipercayai lari daripada majikan.
Laporan telah dibuat di Balai Polis Limau Manis untuk mengesan seorang lelaki warga Indonesia iaitu Ilham Lafandi berusia 32 tahun dengan nombor kad pengenalan 51-495870 (hijau).
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan bolehlah menghubungi Balai Polis Limau Manis di talian 2683035 atau talian kecemasan polis, 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.