Bantu polis kesan mereka

Oleh Sim Y. H.
Gambar oleh PPDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 SEPT – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang isteri yang keluar dari rumah dan dipercayai melarikan diri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPDB, di sini, laporan mengenai Nenung Halimah warga Indonesia berusia 61 tahun dengan kad pengenalan 31-012600 (unggu) telah dibuat di Balai Polis Berakas.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenainya sila hubungi Balai Polis Berakas di talian 2335333, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Dalam kenyataan berasingan, PPDB turut memohon kerjasama bagi mengesan seorang pekerja lelaki warganegara Indonesia yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Menurut kenyataan, laporan mengenai Waryo yang berusia 54 tahun dengan nombor pasport B 1639576 telah dibuat di Balai Polis Tutong.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Tutong melalui talian 4221206, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Nenung Halimah.
Waryo.