BANDAR SERI BEGAWAN, 24 DIS – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja buruh yang dilaporkan lari daripada majikan.
Laporan telah dibuat di Balai Polis Sengkurong untuk mengesan dua lelaki warganegara Bangladesh iaitu Mohammed Alim Uddin Karim berusia 31 tahun dengan nombor pasport A00801788.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Sengkurong di talian, 2661334 atau talian kecemasan polis, 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.