Wednesday, March 12, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu polis kesan pesalah buruh

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MAC – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja buruh yang dilaporkan lari daripada majikan.

    Laporan telah dibuat di Balai Polis Bangar untuk mengesan seorang lelaki warga Bangladesh iaitu Habibur Rahman yang berusia 40 tahun dengan nombor pasport kad pengenalan (hijau) 51-391709.

    Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Bangar di talian, 5221333 atau talian kecemasan polis, 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Habibur Rahman, nombor pasport kad pengenalan (hijau) 51-391709. – GAMBAR SERAHAN PPDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda