BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JUN – Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki keluar dari rumah yang sehingga kini belum pulang.
Menurut kenyataan dari PDB, laporan mengenai Yeo Wei Wei @ Michael Lee Tse Jien, 17, warganegara Malaysia dengan nombor kad pengenalan 31-016386 (U) telah dibuat di Balai Polis Pusat.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja berkenaan bolehlah menghubungi Balai Polis Pusat melalui talian telefon 2242334 dan talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.