Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JAN – Orang ramai dialu-alukan untuk membantu menambah bekalan darah dengan menyertai kempen derma darah yang akan diadakan di Bangunan Institut Kepimpinan, Inovasi dan Kemajuan (ILIA), Universiti Brunei Darussalam pada 19 Januari ini.
Kempen yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 3 petang itu diadakan oleh Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, dan merupakan anjuran Institut Kepimpinan dan Kewangan Islam Brunei (BILIF).
Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah tersebut adalah sangat digalakkan.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh hubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 5745, WhatsApp 8775745 dan 7375745 atau e-mel kepada bloodbank@moh.gov.bn dan ikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook, @bloodbank.ripas.


