Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JUN – Orang ramai dialu-alukan untuk membantu menambah bekalan darah dengan menyertai kempen derma darah yang dianjurkan oleh Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan.
Ia akan diadakan di dua lokasi di daerah ini iaitu di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) esok bermula pukul 9 pagi hingga 11:30 pagi dan pukul 1:30 petang hingga 3 petang.
Kempen anjuran JKR itu adalah sempena Minggu Keselamatan dan Kesihatan 2023.
Manakala itu, pada 28 Jun, kempen akan diadakan di Tingkat I, Hua Ho Manggis Mall anjuran Bank Standard Chartered, dari pukul 10 pagi hingga 2:30 petang.
Sehubungan itu, orang ramai yang berhasrat untuk menyertai kempen berkenaan digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad.


