Thursday, February 13, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu tambah bekalan darah

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OGOS – Orang ramai dialu-alukan untuk sama-sama membantu mengekalkan bekalan darah di negara ini dengan menyertai kempen-kempen yang diadakan oleh Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan.

    Pusat berkenaan mengadakan kempen derma darah esok di Tingkat 1, Kompleks Annajat, Beribi bermula pukul 10 pagi hingga 2 petang; 9 Ogos di Peugeot Showroom, Simpang 22, Bangunan Kiarong Sentral, Kampung Kiarong anjuran TCY Motors bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang dan 12 Ogos di Pasar Kitani, Pusat Hortikultur Rimba Gadong, anjuran Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang.

    Para penderma darah yang berminat digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.

    Gambar Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda