Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu tambah bekalan darah

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 DIS – Bekalan darah di pusat pendermaan darah dan tabung-tabung darah di seluruh negara masih di tahap yang rendah pada masa ini.

    Penderma darah kumpulan A, B dan AB adalah diperlukan dengan segera bagi menampung keperluan pemindahan darah di semua hospital di negara ini.

    Orang ramai yang ingin menderma darah boleh berkunjung terus ke pusat pendermaan darah atau tabung-tabung darah berkenaan bermula pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi dan pukul 1:30 petang hingga 3:30 petang pada hari-hari bekerja.

    Sehubungan itu, Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan kempen-kempen derma darah yang dibukakan penyertaan kepada orang ramai pada 11 dan 14 Disember di Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang; 12 Disember di Dendrobium Saleha Hall, The Garden’s Veranda Restaurant, Kampung Rimba bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari dan pukul 1 petang hingga 3 petang; 13 Disember di Function Room di The One, Batu Satu dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari dan pukul 1 petang hingga 3 petang; serta pada 16 Disember di Kompleks Membeli-belah Mabohai anjuran Boeffi Brunei dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari dan pukul 1 petang hingga 3 petang.

    Di samping itu, Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait juga akan mengadakan kempen derma darah pada 17 Disember di Persatuan Foochow, Kuala Belait bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang.

    Orang ramai adalah dialu-alukan untuk tampil ke hadapan bagi menjayakan serta menderma darah untuk sama-sama membantu mengekalkan bekalan stok darah di Negara Brunei Darussalam.

    Penderma digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda