Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu tangani masalah bekalan air di Labuan

    LABUAN, 3 Jan – Jabatan Air Labuan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan berganding tenaga untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air yang menjejaskan pengguna di 10 buah kampung dan lebih 2,000 pelajar Kolej Matrikulasi Labuan (LMC) di pulau ini.

    Penduduk kampung sering kali mengadu tentang gangguan bekalan air sejak penghujung Disember lepas, memaksa Jabatan Air dengan kerjasama Pejabat Khidmat Masyarakat Kawasan Parlimen Labuan untuk menyalurkan bekalan air terus kepada penduduk kampung yang terjejas.

    Pengarah Jabatan Air Labuan Alvin Michael Lo berkata gangguan itu disebabkan ketidakmampuan tangki pengimbang di Bukit Besar untuk memenuhi keperluan dua tangki perkhidmatan di Pohon Batu.

    “Dua tangki khidmat itu adalah untuk keperluan 10 buah kampung atau kira-kira 1,700 pemegang akaun, termasuk LMC,” katanya kepada Bernama.

    “Kami sedang memeriksa punca masalah ini, misalnya kemungkinan berlaku kebocoran dan untuk menstabilkan paras air. Kami amat memahami situasi yang dihadapi pengguna, bagaimanapun gangguan ini hanya sementara,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda