Saya salah seorang penduduk di Kampung Kulapis ingin menyuarakan kepada pihak berkenaan mengenai kejadian tanah susur yang berlaku di kawasan kediaman saya.
Saya sudah membuat aduan berulang-ulang kali, namun saya ibarat menunggu buah tidak gugur kerana sehingga kini tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh pihak berkenaan untuk mengatasi permasalahan saya ini.
Adakah kerana pandemik kerja-kerja banyak yang terbengkalai. Dikhuatiri kelak kejadian tidak diingini berlaku pada kediaman saya dan keluarga saya, bagaimana?
Diharap pihak berkenaan tidak hanya mengambil ringan aduan saya ini dan segera mengambil tindakan yang sepatutnya.
Menunggu tindakan
