Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Bantuan China cerahkan pendidikan di Uganda

    KAMPALA – Di dalam bilik seni di sebuah sekolah yang terletak di tepi Tasik Victoria di tengah Uganda, Jerusha Okedi, 11, mengait alas meja dengan teliti di bawah pengawasan rapi gurunya Jackie Kazalwa.

    Di dalam bilik itu juga, terdapat beberapa orang murid lain yang diselia oleh Kazalwa.

    Sekolah Rendah Model Entebbe-Changsha diasaskan atas dasar pembangunan kemahiran anak-anak muda di luar kurikulum sekolah biasa. Kerajaan perbandaran Changsha China menderma wang untuk membina sekolah itu yang telah diumumkan oleh Presiden Uganda Yoweri Museveni selepas siap pada 2009. Seperti yang diminta oleh Entebbe, Changsha, juga ibu kota Wilayah Hunan China, membiayai lagi projek pengubahsuaian sekolah itu pada 2019.

    “Mereka datang untuk membantu kanak-kanak Uganda supaya mereka mendapat pendidikan dan kemahiran yang diperlukan hari ini,” jelas Robinah Nakamya, guru besar sekolah itu kepada Xinhua dalam temu bual baru-baru ini.

    Nakamya berkata kemahiran itu termasuk seni dan reka bentuk, pengajian komputer, ekonomi rumah tangga dan sukan. Pejabatnya dihiasi dengan beberapa trofi yang dimenangi sekolah dalam pertandingan sukan yang berbeza.

    Antara murid Sekolah Rendah Model Entebbe-Changsha ketika ditemui pemberita di Entebbe, Uganda. – Xinhua

    Beliau menyifatkan sekolah itu sebagai satu kerahmatan kepada komuniti Entebbe dan berkata semakin ramai murid yang ingin memasuki sekolah itu. Nakamya berkata selepas pengubahsu- aian dijalankan pada 2019, bilangan murid meningkat kepada 850 orang tidak seperti sebelum ini hanya terdapat 250 murid.

    John Bosco Izachary, salah seorang bapa yang mempunyai tiga anak di sekolah itu, memberitahu Xinhua bahawa dia memilih untuk membawa mereka ke sekolah itu kerana prestasi akademiknya yang meningkat.

    Kazalwa berkata kemahiran yang diperoleh melalui aktiviti kokurikulum adalah penting kepada kanak-kanak walaupun malangnya di kalangan mereka ada yang berhenti sekolah.

    Sekolah itu menandakan salah satu daripada banyak pencapaian hasil daripada hubungan diplomatik selama beberapa dekad antara China dan Uganda. Kedua-dua negara bulan depan akan memperingati 60 tahun hubungan diplomatik.

    Selain sokongan di sekolah rendah, China sedang memperdalam kerjasama dengan Uganda dalam pelbagai sektor pendidikan dan pembangunan kemahiran.

    Sebuah Institut Confucius telah ditubuhkan di Universiti Makerere, universiti terkemuka Uganda. Universiti itu kini mengajar bahasa Cina kepada pelajarnya dan bagi mereka dari luar kampus. Institut Confucius juga bertanggungjawab mengajar bahasa Cina kepada guru bahasa di Uganda. Hasil daripada usaha tersebut, Uganda memasukkan pengajaran bahasa Cina dalam kurikulum sekolah menengah.

    Setiap tahun sekumpulan guru bahasa diajar bahasa Cina sebelum mereka ditempatkan di sekolah yang berbeza di seluruh negara.

    Di Universiti Makerere, terdapat Biasiswa Kecemerlangan dan Persa- habatan Duta Besar China. Biasiswa itu dibiayai oleh Kedutaan China di Uganda, dianugerahkan kepada pelajar yang kurang bernasib baik dari segi ekonomi tetapi cemerlang dari segi akademik dan berkelakuan baik. Sepanjang lima tahun lepas, hampir 100 pelajar telah menerima sokongan kewangan untuk memenuhi impian mereka melalui biasiswa duta besar China itu.

    Menurut Kedutaan China, menjelang akhir 2021, China juga telah menyediakan sejumlah biasiswa ijazah dan lebih 5,000 peluang latihan jangka pendek meliputi bidang seperti pertanian, penjagaan perubatan, pentadbiran awam, sains komputer dan infrastruktur.

    China pada 2020 turut menubuhkan bengkel Luban di Uganda dengan tujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal berkualiti tinggi untuk membantu belia memenuhi keperluan pasaran kerja. Bengkel itu adalah sebahagian daripada inisiatif pembinaan kapasiti yang dibuat China semasa Forum on China-Africa Cooperation Beijing Summit yang diadakan pada 2018, menurut Kedutaan China. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...