KABUL, 30 SEPT – Barangan bantuan kecemasan sumbangan kerajaan China untuk Afghanistan tiba di Lapangan Antarabangsa Kabul, malam tadi.
Majlis penyerahan sumbangan itu disaksikan Pemangku Menteri Hal Ehwal Pelarian kerajaan sementara Afghanistan, Khalil al-Rahman Haqqani dan Duta China ke Afghanistan, Wang Yu.
Wang berkata tatkala kerajaan sementara Afghanistan sedang berusaha memulihkan ketenteraman awam ia amat memerlukan sokongan serta bantuan masyarakat antarabangsa.
“China sebagai jiran yang baik sentiasa memberikan perhatian kepada keperluan rakyat Afghanistan,” katanya. – Bernama