Bantuan lebih AS$7 bilion untuk Air France diluluskan

BRUSSELS, 4 MEI – Suruhanjaya Eropah hari ini memberi kelulusan bantuan kerajaan Perancis berjumlah 7 bilion euro (AS$7.7 bilion) kepada syarikat pengangkutan Air France untuk mengurangkan kesan kejatuhan ekonomi akibat pandemik koronavirus.

“Suruhanjaya Eropah telah meluluskan, di bawah peraturan bantuan negara-negara EU, langkah bantuan Perancis EUR7 bilion mengandungi jaminan kerajaan terhadap pinjaman dan pinjaman pemegang saham kepada Air France untuk memberikan kecairan kecemasan kepada syarikat itu dalam konteks wabak koronavirus,” kata pesuruhjaya persaingan EU, Margrethe Vestager dalam satu kenyataan.

Badan eksekutif EU, pemerhati persaingan blok, melonggarkan peraturannya dalam syarat subsidi pada pertengahan Mac untuk memudahkan negara-negara anggota mendapatkan bantuan bagi syarikat-syarikat yang mengalami kesukaran kewangan akibat COVID-19.

Dalam kes Air France, bantuan itu terdiri daripada 4 bilion euro dalam pinjaman bank, 90 peratus dijamin oleh negara dan 3 bilion euro dalam pinjaman langsung kerajaan sebagai balasan syarikat penerbangan itu komited untuk meningkatkan keuntungannya dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijaunya. – AFP