Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantuan pembangunan jangka panjang Niger digantung UK

    MOSCOW, 31 JULAI – United Kingdom (UK) sekali lagi mengecam rampasan kuasa tentera di Niger dan menggantung bantuan jangka panjang kepada negara itu, kecuali bantuan kemanusiaan kritikal.

    Pada kelmarin, Komuniti Ekonomi Negara Afrika Barat (ECOWAS) menggantung semua bantuan kewangan kepada Niger dan membekukan aset Niger di bank pusat dan komersial komuniti itu.

    “UK menyokong sepenuhnya langkah politik dan ekonomi segera yang diumumkan hari ini oleh ECOWAS dan akan menggantung bantuan pembangunan jangka panjang kepada Niger,” kata Menteri Negara bagi Pembangunan dan Afrika UK Andrew Mitchell dalam satu kenyataan pada kelmarin, lapor Sputnik.

    Mitchell berkata UK juga menggesa Presiden Mohamed Bazoum dikembalikan jawatannya bagi memulihkan keamanan berperlembagaan di Niger.

    “Kami bagaimanapun akan terus memberi bantuan kemanusiaan kritikal kepada rakyat Niger,” kata Mitchell.

    Pada Rabu lalu, anggota pengawal presiden Niger dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen nasional berkata mereka menggulingkan presiden negara itu, Mohamed Bazoum, menutup sempadan dan mengenakan perintah berkurung di negara itu ‘sehingga diberitahu kelak’.

    Kejadian itu berlaku beberapa jam selepas pengawal presiden menahan presiden di kediamannya dan menutup akses ke pejabat awam di Niamey. – Bernama

    Dengan berlatar-belakangkan markas parti pemerintah terbakar, penyokong tentera yang memberontak membuat demonstrasi di Niamey, Niger, Khamis, 27 Julai lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda