Friday, January 31, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantuan perlu menerusi jawatankuasa pengurusan bencana

    KUCHING, 30 JAN – Pihak badan bukan kerajaan (NGO) atau individu yang mahu menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir perlu menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

    Beliau berkata perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan, lebih-lebih lagi kawasan yang terputus hubungan.

    “Ini kerana orang kita sendiri (Jabatan Kebajikan Masyarakat) sukar untuk masuk menghantar bantuan seperti khemah ke kawasan seperti Bekenu dan Sibuti di Miri disebabkan paras air yang meningkat.

    “Selain itu, menerusi pengurusan bencana, bantuan yang mahu disalurkan oleh pihak NGO atau individu dapat dipantau agar sesuai dengan kehendak serta keperluan sebenar mangsa,” katanya selepas mengadakan lawatan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Haji Kamarudin Kampung Segedup hari ini.

    Dalam perkembangan lain, Nancy berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu memastikan semua nama mangsa banjir didaftarkan. – Bernama

    Datuk Seri Nancy Shukri menyantuni mangsa banjir ketika melakukan lawatan di PPS di Dewan Haji Kamarudin Kampung Segedup, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda