Monday, December 2, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantuan pertama dihantar ke Gaza melalui jeti sementara

    BAITULMAQDIS, 17 MEI – Tentera Amerika Syarikat (AS) berkata hari ini mereka telah memulakan penghantaran bantuan melalui jeti sementara di Gaza.

    Penghantaran tersebut bertujuan untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan kecemasan ke wilayah Palestin yang dilanda peperangan.

    “Hari ini kira-kira jam 9 pagi, trak yang membawa bantuan kemanusiaan mula ber-gerak ke darat melalui jeti sementara di Gaza,” kata Komando Pusat AS (CENTCOM) dalam satu kenyataan, dan menambah bahawa tiada tentera AS yang turun ke darat.

    “Ini adalah usaha berterusan untuk menghantar bantuan tambahan kepada penduduk awam Palestin di Gaza melalui koridor maritim yang sepenuhnya berunsurkan kemanusiaan,” katanya.

    Jeti itu berjaya dilabuhkan kelmarin, de-ngan kira-kira 500 tan bantuan dijangka akan memasuki wilayah Palestin dalam beberapa hari akan datang.

    Gambar yang dikeluarkan kelmarin oleh CENTCOM menunjukkan bantuan kemanusiaan sedang diangkat ke atas sebuah bot di pelabuhan Ashdod, berhampiran Israel.

    Wilayah Palestin kini berdepan kebuluran selepas pengepungan Israel menyebabkan kekurangan makanan dan air bersih, ubat-ubatan serta bahan api untuk 2.4 juta penduduknya.

    Ketibaan konvoi bantuan semakin perlahan sejak tentera Israel menguasai bahagian Gaza di lintasan Rafah minggu lalu.

    Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata membuka lintasan darat dan membenarkan lebih banyak konvoi ke Gaza adalah satu-satunya cara untuk membendung krisis kemanusiaan yang semakin meningkat.- AFP

    Tentera AS menggunakan tali untuk memindahkan bantuan kemanusiaan semasa ia diangkat dengan kren di Pelabuhan Ashdod, pada 13 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda