Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantuan perubatan digugurkan – Raja Jordan

    AMMAN, 6 NOV – Tentera udara Jordan menggugurkan bekalan perubatan penting ke sebuah hospital lapangan di Semenanjung Gaza yang dikepung, kata Raja Abdullah II, awal hari ini.

    “Anggota tentera udara kami menggugurkan bantuan perubatan segera pada tengah malam ke hospital lapangan Jordan di Gaza.

    “Ini adalah kewajipan kami membantu saudara kami yang cedera dalam perang ke atas Gaza,” katanya menerusi platform X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

    Katanya lagi, Jordan akan sentiasa bersama dengan rakyat Palestin.

    Pengguguran bantuan melalui udara itu diumumkan ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, mengadakan lawatan diplomatik serantau.

    Beliau mengadakan perbincangan di Amman pada Sabtu dengan rakan sejawatannya dari Jordan, Mesir, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

    Semalam, Blinken melawat Tebing Barat, Iraq dan Cyprus yang diduduki, ketika beliau meneruskan perjalanannya, dengan tumpuan memastikan bantuan sampai kepada orang awam yang terkepung di Gaza. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda