Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Bantuan tiba di Jabalia untuk kali pertama dalam beberapa bulan

    GAZA, 18 MAC – Bandar di utara Gaza, Jabalia menerima penghantaran bantuan pertamanya dalam tempoh kira-kira empat bulan, menurut beberapa sumber pada hari ini, lapor Agensi Anadolu.

    Ini selepas tentera Israel membenarkan sembilan trak yang dimuatkan dengan bantuan kemanusiaan memasuki wilayah utara Semenanjung Gaza, termasuk Jabalia, Beit Hanoun dan Beit Lahiya.

    Bantuan yang terdiri daripada tepung, beras, makanan dalam tin dan gula itu sampai ke kem pelarian Jabalia di bawah pengawasan perkhidmatan keselamatan kerajaan Gaza dengan kerjasama masyarakat setempat.

    Bantuan itu kemudiannya disimpan di gudang yang diuruskan oleh Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).

    Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 27 individu di Gaza telah meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi disebabkan kepungan Israel.

    Lebih 31,600 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak telah terbunuh di Gaza manakala hampir 73,700 lagi cedera dalam serangan berterusan Israel sejak Sejak 7 Okt lepas. – Bernama

    Bantuan kemanusiaan disalurkan kepada rakyat Palestin di Kota Gaza, Semenanjung Gaza, pada 17 Mac 2024. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    EU adakan sidang tergempar mengenai Ukraine esok

    MOSCOW, 23 NOV - Para pemimpin Kesatuan Eropah (EU)...

    342 penduduk Gaza maut sejak Israel langgar gencatan senjata

    ISTANBUL, 23 NOV - Tentera Israel melakukan 497 pelanggaran...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Nakhoda bot disabit bersalah atas kematian pelancong

    ROM, 21 NOV – Seorang nakhoda bot laju yang...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...