GENEVA, 25 APRIL – Beberapa negara telah menyuarakan minat mereka untuk menganjurkan Piala Dunia Wanita 2027, umum FIFA kelmarin.
Belgium, Jerman dan Belanda menyatakan minat mereka untuk menjadi tuan rumah bersama kejohanan itu.
Amerika Syarikat dan Mexico juga mahu mengadakan kejohanan itu bersama-sama manakala Brazil dan Afrika Selatan mahu menjadi penganjur secara berasingan, lapor Xinhua.
FIFA akan menghantar perjanjian bidaan kepada negara yang berminat dan mereka perlu mengembalikannya sebelum 19 Mei 2023.
Keputusan mengenainya akan diumumkan di Kongres FIFA pada 17 Mei 2024. – Bernama