Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bapa Amir Raja Lawak meninggal dunia

    Bertahun berjuang melawan kanser, bapa kepada pelawak Amir Raja Lawak, Azmi Deris menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, malam kelmarin.

    Khabar duka itu dikongsikan Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 36, menerusi hantaran di Facebook.

    “Assalamualaikum. Innalillahiwainnailaihirojiun. Dukacita dimaklumkan abah saya, Azmi (Abe Mie USM) menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi di HUSM Kubang Kerian.

    “Semoga abah ditempatkan dalam kalangan orang beriman, beramal soleh, solehah dan ahli syurga. Amin,” tulisnya.

    Menurut Amir, jenazah akan disolatkan di Masjid Desa Rahmat pada pukul 9 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Kenali, Kubang Kerian.

    Amir menzahirkan penghargaan terhadap mereka yang mendoakan bapanya. – kosmo

    Begitupun, katanya sebarang makluman lanjut berkenaan urusan pengebumian akan dimaklumkan melalui laman sosialnya.

    Pada masa sama, Amir juga pelakon dan pengacara turut menzahirkan penghargaan terhadap mereka yang mendoakan bapanya.

    “Terima kasih banyak-banyak pada yang mendoakan dan menghadiahkan bacaan Al-Fatihah buat arwah abah saya,” katanya kepada Kosmo.

    Pada pertengahan Julai lalu, Amir mendedahkan bapanya menghidap kanser usus selain semakin uzur serta lemah.

    Dalam satu temu bual bulan lalu, dia menyatakan bapanya sudah tidak mampu berdiri sekali gus mudah terjatuh dan memerlukan pengawasan rapi. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda