Tuesday, July 15, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bapa bunuh keluarga kerana ‘dengar suara’

    BOBIGNY, PERANCIS, 28 DIS – Seorang lelaki Perancis berusia 33 tahun telah mengaku membunuh isterinya dan empat anak mereka, mengatakan dia ‘terdengar suara’ menyuruhnya ‘membunuh mereka’, kata pendakwa raya hari ini.

    Polis Perancis pada Selasa menahan seorang lelaki yang mempunyai sejarah penyakit psikiatri kerana disyaki membunuh isterinya yang lahir di Haiti dan anak-anak mereka berusia sembilan bulan dan empat, tujuh dan 10 tahun.

    Mayat mereka telah ditemui pada Isnin, Hari Krismas, di rumah di bandar Meaux di timur Paris.

    Lelaki itu, seorang tukang paip, telah menerima rawatan sejak 2017 kerana kemurungan dan tingkah laku psikotik, kata pendakwa raya.

    Pendakwa raya, Meaux Jean-Baptiste Bladier memetik keputusan bedah siasat semalam, berkata ibu kanak-kanak itu berusia 35 tahun dan anak perempuannya yang berumur 10 dan tujuh tahun telah menerima ‘kira-kira 10 tikaman setiap seorang’ yang telah ‘dilakukan dengan penuh ganas’.

    Budak lelaki berusia empat tahun dan sembilan bulan itu ‘mati akibat sesak nafas berikutan lemas’, tambahnya.

    Menurut Bladier, suspek ‘berkata dia telah mengambil ubat hariannya’ sejak 2019, tetapi tidak mengambilnya pada 24 Disember. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda