Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bapa dera anak sehingga lebam seluruh badan dipenjara

    KOTA BHARU, 4 JAN – Seorang bapa hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana mendera anak perempuannya berusia lapan tahun dengan memukul menggunakan sebatang kabel sehingga lebam di seluruh badan.

    Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap lelaki berumur 44 itu selepas dia mengaku melakukan perbuatan berkenaan di rumahnya di Kampung
    Sungai Kelong, Pasir Puteh pada 1 pagi, 28 Disember lepas.

    Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

    Dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman dikurangkan memandangkan dia sudah insaf dan menyesali perbuatannya itu.

    Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh yang juga seorang penganggur memukul anak bongsunya setelah telefon bimbit milik tertuduh mengalami masalah teknikal.

    Mangsa bersama adik-beradiknya kemudian melarikan diri dari rumah ketika tertuduh sedang tidur untuk mendapatkan bantuan daripada kakak mereka yang belajar di sebuah kolej di sini.

    Kakak mangsa yang melihat kece-deraan dialami adiknya itu tampil membuat laporan polis sebelum tertuduh ditahan pada 5:20 petang, 29 Disember di rumahnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda