IPOH, 6 APRIL – Seorang jururawat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anak damit kandungnya yang berusia enam bulan, Mac lepas.
Zahrul Ashrik Zulkaflee, 30, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dan tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Jesseca Daimis kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut kertas pertuduhan, penjawat awam itu didakwa membunuh Muhammad Zakir Asyraf yang berusia enam bulan di sebuah rumah di Kampung Kepayang, Fairpark di sini kira-kira 10 malam, 17 Mac lepas. – Bernama


