MUAR , 16 JULAI – Seorang pekerja pembersihan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 19 pertuduhan merogol dan 11 pertuduhan amang seksual terhadap dua anak kandungnya sejak enam tahun lepas.
Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-19, tertuduh yang berusia 53 tahun itu didakwa merogol dua anak perempuannya yang kini berusia 15 dan 12, di dua buah rumah di Bakri dan Jalan Jeram Tepi, Muar di sini, sejak 2018 dan kali terakhir pada 9 Julai lepas.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan keji itu semasa kedua-dua anaknya berusia 11 tahun.

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Isnin.