Saturday, April 12, 2025
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bapa durjana dihukum penjara 702 tahun, 234 sebatan

    MUAR, 14 OGOS – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara berjumlah 702 tahun dan 234 sebatan ke atas seorang lelaki yang tergamak merogol serta melakukan amang seksual terhadap dua anak kandungnya sehingga seorang daripada mereka mengandung.

    Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan itu selepas tertuduh, yang berusia 53 tahun, mengaku bersalah terhadap 19 pertuduhan merogol serta 11 pertuduhan melakukan amang seksual ke atas kedua-dua mangsa ketika mereka berumur 9 dan 10 tahun.

    Bagaimanapun, pekerja pembersihan itu hanya perlu meringkuk dalam penjara selama 42 tahun selepas mahkamah memerintahkan hukuman untuk semua kesalahan berjalan serentak iaitu dari tarikh dia ditangkap pada 10 Julai lepas.

    Tertuduh didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di dua rumah iaitu di Bakri serta Jalan Jeram Tepi, Muar di sini sejak 2018 dan kali terakhir pada 9 Julai lepas. – Bernama

    Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar selepas dijatuhi hukuman penjara 702 tahun dan 234 sebatan atas 30 pertuduhan merogol dan amang seksual ke atas dua anak kandungnya sejak enam tahun lalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda