Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Bapa kanak-kanak maut akibat selesema burung di Kemboja juga positif

    PHNOM PENH, 24 FEB – Bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan Kemboja berusia 11 tahun yang meninggal dunia minggu ini akibat selesema burung telah diuji positif virus itu, kata pegawai kesihatan hari ini.

    Gadis itu jatuh sakit pada 16 Februari dengan demam, batuk dan sakit tekak, dan
    meninggal dunia pada Rabu akibat virus selesema burung H5N1, menurut kementerian kesihatan Kemboja dalam satu kenyataan.

    Pihak berkuasa mengumpul sampel daripada 12 orang kelmarin yang berhubung dengan gadis itu.

    Bapanya yang berusia 49 tahun adalah satu-satunya dalam kalangan mereka yang diuji positif, walaupun dia tidak menunjukkan gejala, tambah mereka.

    Pegawai kesihatan sedang mencari punca wabak itu.

    Burung-burung liar ditemui mati di satu tasik berhampiran perkampungan terpencil gadis itu.

    Penyakit berkenaan biasanya merebak dari burung ke manusia melalui sentuhan langsung.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa supaya berjaga-jaga selepas pengesanan selesema burung dalam mamalia awal bulan ini, tetapi telah menegaskan bahawa risiko kepada manusia adalah rendah.

    Jangkitan terbaharu itu adalah kejadian selesema burung ke-58 yang direkodkan di Kemboja sejak kes manusia pertama negara itu ditemui hampir dua dekad lalu. – AFP

    Gambar serahan Kementerian Kesihatan Kemboja menunjukkan pakar-pakar kesihatan Kemboja menyembur disinfektan di sebuah kampung di wilayah timur Prey Veng, Kemboja, kelmarn. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...