Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bapa kandung tidak mengaku salah rogol anak 16 tahun

    SEREMBAN, 1 FEB – Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Seremban, Malaysia, atas tuduhan merogol anak kandungnya berusia 16 tahun pada November lepas.

    Lelaki berusia 47 tahun itu yang mengalami cacat penglihatan mata sebelah kiri akibat kemalangan, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

    Lelaki itu didakwa merogol remaja itu di sebuah rumah di Kampung Kendong Baru Kota, Rembau, pada 12 November lepas dan didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan maksimum, jika sabit kesalahan.

    Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh Hsiao Tung manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

    Bapa kepada tiga anak itu dalam rayuannya berkata dia mabuk pada hari kejadian dera itu dan turut memaklumkan dia berstatus Orang Kurang Upaya selepas kehilangan sebelah mata dalam kemalangan dan juga menanggung bapanya.

    Mahkamah kemudiannya menetapkan 6 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes dan tiada jaminan diberikan kepada tertuduh.

    Media sebelum ini melaporkan polis menahan seorang lelaki dipercayai memukul dan menendang anak perempuannya berumur 17 tahun hingga cedera, di sini, pada 24 Januari lepas.

    Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad berkata lelaki itu turut disiasat bagi kesalahan merogol, selepas polis menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah yang memaklumkan remaja itu memberitahu pernah dirogol bapanya pada 12 November tahun lepas. – Bernama

    Seorang bapa (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan merogol anak kandungnya berusia 16 tahun pada November lepas. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda