Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bapa mengaku bersalah tumbuk, tendang anak

    GERIK, 7 NOV – Seorang bapa mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mencederakan anak kandungnya dengan menendang dan menumbuk mangsa yang berusia 12 tahun, minggu lepas.

    Mohamad Zairi Mohamad Nawi, 37, didakwa menyebabkan kecederaan ke atas kanak-kanak lelaki itu di sebuah rumah di Jalan Pasir Buaya, Kampung Perah pada 5 petang, 29 Oktober 2023.

    Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda hingga RM2,000 atau dengan kedua-duanya dan boleh dipenjara dua kali ganda tempoh maksimum jika sabit kesalahan.

    Timbalan Pendakwa Raya Nor Atiyah Shafiee memohon tarikh baharu bagi menunggu laporan perubatan mangsa dan menawarkan jaminan RM5,000 ke atas tertuduh dengan seorang penjamin. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda