Oleh Ak Zaki Kasharan –

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OGOS – Di Mahkamah Perantaraan, hari ini, seorang lelaki berusia 46 tahun telah menafikan beberapa pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap anak-anak perempuannya, berusia sembilan dan 11 tahun.
Timbalan Pendakwa Raya Nur ‘Adliatul Haji Mohd Zaidi mengemukakan pertuduhan terhadap lelaki itu, yang identitinya tidak dapat didedahkan untuk melindungi mangsa-mangsa.
Defendan didakwa melakukan serangan seksual terhadap anak perempuannya yang berusia sembilan tahun di rumah mereka pada awal Ogos.
Defendan juga didakwa melakukan serangan seksual terhadap anak perempuannya yang berusia 11 tahun di rumah itu pada 7 Ogos lalu.
Hakim Radin Safiee Radin Mas Basiuni menangguhkan kes untuk menetapkan tarikh perbicaraan pada 29 Ogos depan.
Pertuduhan-pertuduhan membawa hukuman penjara antara tiga hingga 10 tahun, berserta sebatan.


