Bapa kepada pelakon Syazuwan Hassan iaitu Hassan Hapas menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.33 pagi Rabu.
Berita duka itu dikongsi Syazuwan, 33, menerusi Instastory miliknya.
“Assalamualaikum semua. Mohon sedekahkah Al-Fatihah untuk arwah ayah saya yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 6:33 pagi,” tulisnya.
Bagaimanapun, Syazuwan tidak menjelaskan punca dan butiran lain mengenai pemergian Allahyarham.
Sebaliknya, Syazuwan hanya berdoa semoga arwah bapanya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
“Semoga arwah ayah saya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman,” katanya.
Untuk info, Syazuwan pernah membintangi beberapa drama popular termasuk Sein dan Luna, Cik Serba Tahu, Cinta Fatamorgana dan Dia Menantu Rahsia. – Agensi