Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Bapa reda hilang tiga anak berselang jam

    ROMPIN, 9 JUN – Walaupun berat ujian diterima, Abu Bakar Ibrahim reda dengan kehilangan tiga anak lelakinya yang berselang hampir satu jam antara satu sama lain akibat kemalangan semalam.

    Pada kejadian 7:20 malam itu, Muhammad Firdaus, 28, Muhammad Solihin, 21, dan Ahmad Jazuly, 17, maut selepas lori dinaiki mereka terbabas lalu merempuh sebuah kren di Kilometer 136 Jalan Kuantan/Johor Bharu di sini.

    Abu Bakar, 54, yang semasa kejadian berada di Terengganu atas urusan kerja berkata mendapat panggilan telefon isterinya, Norezah Rejab, 51, sekitar 7:30 malam memaklumkan anak ketiga mereka Muhammad Solihin meninggal dunia.

    “Hampir satu jam selepas itu, saya terima berita Along (Muhammad Firdaus) juga meninggal dunia sebelum disusuli panggilan ketiga memberitahu Ucu (Ahmad Jazuly) juga sudah tiada, sejam kemudian,” katanya semasa ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Setajam di sini hari ini.

    Abu Bakar juga sebak apabila memaklumkan tragedi itu berlaku pada ulang tahun kelahiran Ahmad Jazuly dan anak keempat itu ada menghantar pesanan WhatsApp untuk mengingatkannya tentang hari istimewa tersebut selain turut meminta kasut sebagai hadiah. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...