Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bapa Safawi Rasid meninggal dunia

    Bapa kepada pemain bola sepak kebangsaan dan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid iaitu Rasid Sulong dilaporkan meninggal dunia pada pagi tadi.

    Safawi, 26, berkongsi berita sedih pemergian bapa tercinta itu menerusi Instastory miliknya.

    “Assalamualaikum, mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada ayah saya yang telah pergi menemui Ilahi (meninggal dunia) sebentar tadi dan semoga beliau dicucuri rahmat,” katanya.

    Safawi bagaimanapun tidak menyatakan punca kematian bapanya itu.

    Sementara itu, memetik kenyataan mStar, isteri Safawi iaitu Syifa Melvin atau Nur Syifa Atirah Amirol Melvin, 29, menerusi Instastory turut memuat naik foto bersama Allahyarham reda atas pemergian bapa mentuanya itu.

    “Abah telah kembali ke negeri abadi, rehatlah abah sehingga berjumpa di syurga nanti. Al-Fatihah,” ujarnya. – Agensi

    Safawi memaklumkan berita sedih itu di Instastory. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda