Friday, January 3, 2025
33.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bapa tak tahu Jaysong masuk Hero Dewi Remaja

    Satu-satunya finalis berbangsa Cina di program realiti, Hero Dewi Remaja 2023, Jaysong mahu mencuba nasib untuk menembusi pasaran industri seni Melayu.

    Menjadikan pelakon Alvin Chong dan Sean Lee sebagai idola, Jaysong atau nama sebenarnya Tan Jia Song sanggup berdepan apa sahaja cabaran untuk mencapai impiannya itu.

    “Saya mengetahui tentang program ini daripada seorang kawan. Dia kata personaliti saya sangat menarik. Katanya saya ada sisi kelakar, serius dan sedih.

    “Dia kata sesuai untuk rancangan ini dan tak salah untuk mencuba. Ia merupakan satu pengalaman baharu untuk saya cuba masuk di dalam pasaran Melayu.

    “Industri seni Melayu sangat luas dan saya nak lihat kemampuan saya sejauh mana,” katanya kepada MH.

    Jaysong berminat masuk ke Industri seni Melayu dengan mencuba nasib di Hero Dewi Remaja. – MH

    Anak muda berusia 22 tahun yang berasal daripada Subang Jaya, Selangor itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Hero Dewi Remaja 2023 baru-baru ini.

    Katanya lagi, dia mahu memanfaatkan pengalamannya sebagai pempengaruh dan pembikin konten untuk melangkah jauh di dalam program ini.

    “Walapun saya ada ramai pengikut di media sosial, ada banyak lagi ilmu yang perlu saya pelajari. Saya aktif menghasilkan video dan konten di Youtube sudah hampir sembilan tahun.

    “Semuanya saya buat sendiri daripada mengarah, menulis skrip, jurukamera, berlakon dan penyunting. Saya nak kembangkan lagi bakat lakonan saya di sini.

    “Dalam program ini, saya mahu timba sebanyak mana ilmu daripada golongan profesional,” ujarnya lagi. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda