Friday, October 18, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bapa tak tahu Rihanna hamil lagi

    Bukan hanya peminat, bapa Rihanna juga terkejut dengan berita kehamilan kedua anaknya yang didedahkan ketika penyanyi itu mengadakan persembahan di Super Bowl 2023 minggu lalu.

    Ronald Fenty, 69, terkesima apabila melihat penyanyi lagu Umbrella itu menayangkan bahagian perutnya yang sudah kelihatan membesar ketika asyik menyanyi.

    “Ya Tuhan! Anak perempuan saya kelihatan hamil,” katanya menurut laporan TMZ.

    Ronald mengakui tidak tahu sama sekali akan hal itu dan memberitahu dia hanya dibelikan tiket oleh Rihanna tanpa berkomunikasi secara langsung dengan penyanyi itu.

    Dalam pada itu, saat melihat perut anaknya yang kian membesar, Ronald berharap akan menimang cucu perempuan.

    Ronald yang tinggal di Barbados bagaimanapun mengakui masih belum sempat untuk bertemu cucunya yang merupakan anak pertama Rihanna bersama penyanyi rap, A$AP Rocky.

    Terdahulu, Rihanna mencuri tumpuan ramai apabila dikatakan seakan-akan sengaja memaklumkan tentang berita kehamilan tersebut di acara Super Bowl 2023 dengan menonjolkan bahagian perutnya.

    Dalam acara tersebut, penyanyi itu juga sempat menyampaikan lagu-lagu hit termasuk We Found Love, Where Have You Been dan Diamonds.

    Untuk rekod, Rihanna melahirkan seorang anak damit lelaki pada 13 Mei 2022, namun dia masih tidak mendedahkan nama anaknya kepada umum.

    Rihanna dan A$AP Rocky mengesahkan hubungan mereka secara rasmi pada penghujung 2020 selepas beberapa tahun berkenalan. – Agensi

    Rihanna bersama bapanya, Ronald. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda