Wednesday, November 6, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bapa Teuku Ryan salahkan anak sendiri

    Bapa kepada Teuku Ryan iaitu Rustam Efendi tidak berpihak kepada anaknya berkaitan kes penceraian pelakon itu dengan Ria Ricis.

    Memetik laporan Kompas, Rustam yang ditemui di Pengadilan Agama (PA) Jakarta Selantan pada Isnin memberithau dia enggan memberi sebarang komen tentang perbicaraan kes tersebut.

    Kata Rustam, dia meletakkan kesalahan itu kepada Ryan kerana gagal menjadi seorang ketua keluarga yang baik.

    “Saya tetap menyalahkan Ryan kerana dia adalah ketua keluarga. Sepatutnya dia boleh menyelesaikan masalah ini semua. Saya tetap menyalahkan Ryan,” katanya.

    Dalam pada itu, Rustam memberitahu dia sering menerima aduan daripada Ria yang mendakwa suaminya itu selalu melebihkan kawan daripada keluarga sendiri.

    Usia perkahwinan Teuku dan Ria belum pun mencecah tiga tahun. – mStar

    “Ria mengadu Ryan selalu keluar minum kopi dan lebih mementingkan rakan-rakannya. Sewaktu Ria hamil dia (Ryan) masih lagi keluar minum kopi dan katanya bersama rakan perniagaan,” ujarnya.

    Untuk rekod, Ryan dan Ria atau Ria Yunita, 29, mendirikan rumah tangga pada 12 November 2021 di Hotel InterContinental Pondok Indah, Kebayoran Lama, Jakarta Selatan.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Cut Raifa yang kini berusia 18 bulan.

    Bagaimanapun pada 30 Januari lalu, Ria memfailkan penceraian terhadap Ryan walaupun rumah tangga dibini baharu sahaja mencecah usia dua tahun. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda