Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bar logam jatuh cederakan kanak-kanak

    SINGAPURA, 27 DIS – Pihak polis sedang menyiasat selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun cedera di kepala oleh satu batang logam berbentuk ‘U’ yang jatuh di kawasan taman permainan kejiranannya di Sengkang East Drive.

    Ibu kanak-kanak itu, Reena Ng, memberitahu The Straits Times bahawa dia membawa tiga anaknya – berumur dua, empat dan enam tahun – ke taman permainan itu di kawasan antara Blok 172D dengan Blok 173A di Sengkang East Drive pada 10 pagi, pada 24 Disember.

    Anak bongsunya itu berada di sebelahnya pada kira-kira 11 pagi, ketika anggota keluarganya bersiap untuk pulang ke rumah, apabila mereka mendengar “bunyi yang kuat”, kata pengurus berusia 32 tahun itu.

    “Saat berikutnya dia menangis dan berdarah di kepalanya,” kata Ng. Dia mene-lefon suaminya dan memanggil ambulans.

    Kecederaan daripada batang besi sepanjang 10 sentimeter itu menyebabkan kanak-kanak perempuan itu mengalami luka di kepala yang terpaksa ditutup dengan pelekat tisu.

    Walaupun anak perempuannya berasa sihat dan kembali ke sekolah pada 27 Disember, Ng berkata,“Saya masih terkesan akibatnya. Saya amat takut namun saya tidak akan berhenti membawa anakke taman permainan hanya kerana kejadian itu, cuma mungkin bukan taman permainan itu.”

    Hanya keluarganya berada di taman permainan berkenaan pada masa itu, jadi beliau tidak tahu apa yang berlaku, tambah Ng. – ANN/The Straits Times

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda